Transgender Mengaku Hamil, Doktor Syak Lucinta Luna Kemungkinan Alami Kanser Testis
Baru-baru ini transgender popular Indonesia, Lucinta Luna menggemparkan orang ramai apabila mengaku dirinya sedang hamil.
Ia berikutan ujian kehamilan yang dibuat oleh Lucinta telah menunjukkan hasil yang positif.
Bagaimanapun, seorang doktor yang dikenali sebagai Arifandi Sanjaya menjelaskan bahawa keputusan positif menerusi alat ujian kehamilan itu boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, perempuan atau transgender.
“Selamat buat Mbak Lucinta Luna atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG.
“Di mana hormon Beta-HCG juga boleh terbentuk pada lelaki menerusi beberapa penyakit-penyakit tertentu, salah satunya adalah kanser testis,” tulisnya.
Doktor berkenaan juga meminta supaya mana-mana lelaki yang mendapat ujian positif menerusi alat ujian kehamilan supaya lebih berhati-hati.
Sebelum ini, Lucinta mengakui dirinya hamil dan mendedahkan kekasihnya seorang lelaki mat saleh merupakan bapa pada anak yang dikandungnya itu.
Bagaimanapun, kebanyakan netizen telah mempertikaikan perkara berkenaan dan menganggap Lucinta hanya berhalusinasi. – KopiPlanet.com
The post Transgender Mengaku Hamil, Doktor Syak Lucinta Luna Kemungkinan Alami Kanser Testis appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: