ATNMY Tampilkan 50 Orang Juri… Disertai 250 Orang Peserta Untuk Rebut Hadiah Wang Tunai RM50,000
Tidak dinafikan, para penonton sudah selalu disajikan dengan pelbagai program-program hiburan nyanyian yang sering mendapat sambutan hangat.
Yang terbaharu adalah program realiti nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur.
Menariknya, penyertaan adalah terbuka secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan dan peserta juga bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa untuk diketengahkan dalam lagu persembahan masing-masing.
Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, setelah agak lama menyepi daripada menganjurkan sebarang pertandingan nyanyian yang membabitkan penyertaan amatur, mereka kini dengan berbesar hati menganjurkan program ATNMY bagi mengubat kerinduan orang ramai terhadap program-program sebegini.
“Kali terakhir Astro Ria menganjurkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada format antarabangsa seumpama ini ialah menerusi program fenomena Akademi Fantasia yang kali terakhir diterbitkan pada tahun 2017 untuk edisi ‘AF Megastar’.
“Tidak dinafikan percaturan berani Astro dalam memperkenalkan konsep realiti yang cukup asing di kalangan audiens tempatan pada tahun 2003 ketika itu ternyata telah membuka satu lembaran baharu yang mengubah landskap dunia hiburan secara drastik,” jelasnya.
Emarina berkata, program ATNMY berkenaan telah diadaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya.
Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.
ATNMY masih mengekalkan format asal program tersebut. Namun begitu, terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.
“Sebenarnya proses adaptasi bukanlah mudah seperti yang disangka. Selain terikat dengan garis panduan format asal yang ketat, setiap perincian mesti diambil kira bagi memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan adab resam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.
“Bagi memberikan kelainan yang unik, olahan kreatif di luar kotak juga harus disuntik bagi memastikan keseragaman ‘look and feel’ format asal dapat dikekalkan,” ujarnya.
Menurutnya, sebagai contoh untuk program ATNMY, 50 orang juri selebriti akan diketengahkan berbanding format sebenar yang menampilkan 100 orang juri.
Jelasnya lagi, barisan juri untuk versi tempatan cuma membawa masuk separuh daripada jumlah asal kerana mengambil kira SOP dan kapasiti yang dibenarkan susulan krisis Covid-19.
Dalam pada itu, mengangkat tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’, penerbitan ATNMY musim pertama turut memperkenalkan konsep muhibah menerusi pemilihan barisan juri serta menyaksikan penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Bakal diketuai oleh selebriti popular Datuk AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’, kesemua 50 juri yang telah dilantik adalah terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air.
Ia merangkumi merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.
Rakaman konsert mingguan ATNMY akan bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun Ini.
Juara ATNMY musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi. – KopiPlanet.com
**Senarai Barisan 50 Orang Juri ATNMY
- Datuk AC Mizal (Kapten Juri)
- Syamel
- Ernie Zakri
- Mark Adam
- Noryn Aziz
- Erra Fazira
- Tuju [K-Clique]
- Siti Nordiana
- Zizan Razak
- Tabby [Dolla]
- Khai Bahar
- Zizi Kirana
- Jaclyn Victor
- Linda Nanuwil
- Andi Bernadee
- Bob Yusof
- Nana Mahazan
- Shiha Zikir
- Sissy Imann
- Chubb-e
- Mimi Fly
- Aina Abdul
- Ifa Raziah
- Sarah Suhairi
- Catriona Ross
- Azzam Sham
- Dafi Ismail
- Liza Hanim
- Yusuf Bahrin
- Angel [Dolla]
- Joey Daud
- Acong
- AzfarHeri
- Yaya Zahir
- Kelly Azman
- Jad Lobo
- Harith Zazman
- Kaka Azraff
- Haniff Hamzah [ERA]
- Falyq Hikyle [SINAR]
- Ean [HITZ]
- Suresh [RAAGA]
- Alvin Chong
- Daniel Cheang
- Vanessa Reynauld
- Neeta Manisha
- Thanuja
- Kidd Santhe
- Ara Johari
- Amira Syafinaz [De Fam]
The post ATNMY Tampilkan 50 Orang Juri… Disertai 250 Orang Peserta Untuk Rebut Hadiah Wang Tunai RM50,000 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: