Ads Top

Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas Anaknya Hilang Ketika Berada Di Bazar Ramadan

Pelakon Zarina Zainuddin telah berkongsi detik cemas apabila anaknya, Azil didapati hilang seketika ketika berada di bazar Ramadan di Stadium Shah Alam.

Berkongsi satu video di Instagram miliknya, pelakon berkenaan berada dalam keadaan bimbang terhadap keselamatan anaknya.

“Assalammualaikum. Saya kini berada di Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam. Saya cari anak saya, Azil dia tiba-tiba hilang. Saya rasa dia pergi tandas.

“Tak tahu dia pergi mana dan macam mana nak cari dalam ramai-ramai orang ni,” luah Zarina.

Bagaimanapun, menerusi video kedua yang dikongsi, Zarina menyatakan anaknya telah pun ditemui.

“Allhamdulillah dah jumpa dah Azil. Dia pergi dekat kereta lagi satu yang parking bawah stadium .. kami datang dua kereta .. terima kasih semua,” ujarnya.

Seperti diketahui ramai, anak kepada pelakon berkenaan adalah merupakan seorang anak autism. – KopiPlanet.com 

The post Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas Anaknya Hilang Ketika Berada Di Bazar Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.