Ads Top

Shuib Sepahtu Dedah Doktor Beri Ibunya Yang Kini Berusia 57 Tahun Alat Ujian Kehamilan Kerana Disangka Hamil

Pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mendedahkan doktor telah memberikan ibunya ujian alat kehamilan (pregnancy test) kerana disangka hamil.

Shuib berkata, ia berlaku apabila ibunya telah mengalami alahan yang teruk sejak isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin berbadan dua.

“Ada satu hari tu saya call ibu dan dia marah sampai cakap jangan menyusahkan dia. Ibu bagitau dia dah lembik sebab selalu muntah-muntah. Rupa-rupanya ibu saya yang berada di Johor pula alami alahan yang teruk sehingga lebih sebulan.

“Apa yang lebih melucukan apabila pergi ke klinik, doktor beri ibu saya pregnancy test sampai dia marah doktor tu. Ibu saya cakap umur dia pun dah 57 tahun dan sudah menopause pun,” kongsi Shuib.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music di 10grams Puchong yang berlangsung semalam.

Namun begitu, Shuib berkata ketika ini keadaan ibunya itu kini sudah kembali pulih.

“Memang ini satu cerita yang agak pelik, tetapi tak sangka pula ia boleh berlaku pada kami,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Sarah berkata, dia sendiri tidak menyangka alahan teruk yang pernah dilaluinya semasa tiga kali hamil dahulu kini telah dialami pula oleh ibu mentuanya.

“Misalnya masa mengandung dahulu saya hanya boleh makan buat oren sahaja dan itu pula yang ibu mentua saya alami.

“Sekarang ini alahan itu telah kembali kepada diri saya, malah ia tidaklah terlalu teruk seperti sebelum ini,” ujarnya.

Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan kini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

The post Shuib Sepahtu Dedah Doktor Beri Ibunya Yang Kini Berusia 57 Tahun Alat Ujian Kehamilan Kerana Disangka Hamil appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.