Ads Top

Pengasas Produk ESW Buat Kejutan, Kongsi Rezeki Kepada Peniaga-Peniaga Bazar Ramadan


Melihatkan kepada kesusahan yang terpaksa dihadapi peniaga-peniaga Bazar Ramadan Seberang Jaya, pengasas produk penjagaan kulit ESW, Iddin Syah tampil membuat kejutan.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Iddinsyah dilihat membeli semua juadah yang dijual di beberapa peniaga bazar Ramadan di situ dan meminta pemilik kedai sedekahkan juadah berkenaan kepada orang ramai.

“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini kerana niat saya ikhlas. 

“Saya sekadar kongsikan video itu di Instagram personal saya sebagai content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yg baik kepada stokis dan ejen ESW,” jelasnya.

Menurut Iddin Syah, dia bersyukur sekiranya pengikutnya di Instagram melihat ia satu inisiatif yang baik terhadap inisiatif yang dilakukannya itu.

Namun begitu, meskipun ada sebilangan kecil yang mengecam dan menganggap dirinya menunjuk-nunjuk, dia hanya berserah terhadap apa sahaja pendapat kerana dia tahu itu bukanlah tujuan utamanya.

“Baiklah biarlah saya jelaskan disini kenapa saya membuat video ini… Setiap kali balik kerja melalui kawasan bazar ramadan, saya sayu melihat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki dalam keadaan hujan lebat. 

“Memang banyak hari dah hujan berlaku waktu petang. Dalam hati ‘Ya Allah kesiannya depa ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sbb PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat’.

“Macam manalah perasaan depa kalau juadah yang dijual tak habis sebab orang tak mai beli sebab hujan. Mesti depa rugi kan?” ujarnya.

Jelasnya, menyedari keadaan itu, dia telah mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada peniaga-peniaga bazar.

“Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dekat saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini, Subhanallah tak terkata hebatnya.

“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yang saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa spreadkan kebaikan…” ujarnya.

Pada masa sama, Iddin Syah berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan untuk dirinya.

“Akhir kata, saya harap peniaga2 bazar ramadan yg berada di pelusuk manapun tak pernah putus semangat utk terus mencari rezeki yg halal. 

“Terima kasih krn bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yg tak sempat masak ekoran kesibukan kerja,” ujarnya. KopiPlanet.com

The post Pengasas Produk ESW Buat Kejutan, Kongsi Rezeki Kepada Peniaga-Peniaga Bazar Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.