Ads Top

Bapa Kandung Azlan & The Typewriter Positif Covid-19, Kini Berada Dalam Keadaan Kritikal

Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan memaklumkan bahawa ayah kandungnya yang dikenali sebagai Salehuddin telah disahkan positif Covid-19.

Azlan berkata, ayahnya yang menetap di Ukay Perdana itu disahkan positif sekitar tiga minggu lalu, seminggu selepas Azlan bertemu dengannya.

“Pertemuan tersebut merupakan pertemuan kali terakhir bersama ayah. Doktor memberitahu, keadaan ayah sangat kritikal dan dia boleh pergi pada bila-bila masa.

“Walaupun dia telah lama berpisah dengan ibu, saya tetap mendoakan yang terbaik untuknya. Tanpa dia, saya tiada,” ujarnya.

Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music di 10grams Puchong yang berlangsung semalam.

Menurutnya, ayah kandungnya itu kini sedang menjalani proses kuarintin di Serdang dan mempunyai pelbagai komplikasi beberapa penyakit.

Tambah Azlan, dia tidak dapat berhubung secara terus dengan ayahnya dan hanya mengharapkan sebarang maklumat terkini menerusi adiknya.

“Doktor akan memberi sebarang perkembangan terkini kepada ibu tiri dan adik saya. Apapun keadaannya, saya harus terima dan reda. Hal ini kerana, Allah SWT telah tentukan jalannya sebegini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azlan juga memberitahu bahawa dia telah menjalani ujian dan disahkan negatif.

“Saya kerap menjalani ujian memandangkan acara-acara besar yang saya hadiri memerlukan keputusan negatif.

“Adik saya yang menjaga bapa di rumah juga negatif,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Bapa Kandung Azlan & The Typewriter Positif Covid-19, Kini Berada Dalam Keadaan Kritikal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.