Ads Top

Qibla Jadi Produk Terakhir Sebelum Faizal Tahir Ambil Keputusan Mahu Berehat Panjang


Penyanyi Faizal Tahir membuat kejutan apabila mengumumkan mahu berehat panjang sebagai penyanyi dan hanya akan berkarya untuk orang lain.

“Sejak dari ‘Assalamualaikum’ pada tahun 2015, ianya seperti tiada rehat langsung untuk saya. 

“Anatomi, Rojak, Qibla dan semua projek saya yang lain sememangnya sangat memberi kepuasan, Alhamdulillah tetapi saya benar-benar sudah keletihan,” ujarnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi, ada yang mendoakannya supaya cepat kembali dan ada yang tidak percaya serta mahukannya meneruskan karier sebagai seorang penyanyi. 

Faizal telah mengesahkan bahawa dia ingin berehat panjang dan mahu fokus kepada keluarga, perniagaan, sambil terus bergerak dibelakang tabir.

Perjalanan Faizal Tahir selama 17 tahun di dalam industri muzik telah membuka pelbagai peluang dan jalan baru untuknya. 

Selain menguruskan hal peribadi, Faizal berkata beliau akan banyak meluangkan masa untuk mengerakkan Faithful Publishing yang ditubuhkan olehnya untuk mencari pelapis dan mencungkil bakat baru dan bidang komposisi dan penerbitan muzik.

Sementara itu, bersempena dengan bulan Ramadan dan juga sebagai ‘hadiah terakhir’, Faizal dan syarikat rakamannya Faithful Music telah melancarkan sebuah box set berserta koleksi audio berjudul Qibla

Istimewanya, selain daripada tiga buah lagu, terdapat juga 10 klip audio tadabbur yang dipilih dan dibaca oleh Faizal sendiri.

Lagu-lagu yang terdapat di dalamnya adalah Aku Tanpa CintaMu 2021 bersama Mirwana, lagu baru berjudul Syahadah dan rakaman semula Ceria Aidilfitri bersama dengan Zizi Kirana dan kumpulan Darmas.

Kesemua lagu didalam koleksi audio ini adalah merupakan kerjasama bersama Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar. 

Selain Aku Tanpa CintaMu 2021 yang telah dilancarkan pada 9 April, lagu-lagu yang lain akan mula berada di semua pelantar muzik digital dan YouTube secara berperingkat. 

Peminat boleh mula mendengarkan Syahadah pada 23 April, Borak Barang Baik: Versi Tadabbur pada 29 April dan Ceria Aidilfitri pada 3 Mei secara digital.

Selain itu, box set ini juga mengandungi cenderahati istimewa seperti sampul duit raya, tasbih, kurma dan juga tudung selendang. Qibla hanya boleh didapati secara dalam talian di www.faizaltahir.com – KopiPlanet.com

The post Qibla Jadi Produk Terakhir Sebelum Faizal Tahir Ambil Keputusan Mahu Berehat Panjang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.