Ads Top

Sweet Qismina Disahkan Positif Covid-19, Kini Sedang Jalani Kuarintin Di Ipoh

Pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani swab test semalam.

Dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan pelakon itu kini sedang menjalani kuarintin di Pusat Kuarantin Ipoh.

“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran filem Tariandi pada 15 April dan berasa tidak sihat pada 16 April dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

“Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin serta tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh. Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Sweet Qismina Disahkan Positif Covid-19, Kini Sedang Jalani Kuarintin Di Ipoh appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.