Ads Top

Selepas Berjaya Buat Jualan Sambal RM1 Juta, Khairul Aming Dedah Ada Pihak Cuba Jual Sambal Nyet Berapi Palsu

Baru-baru ini, seorang selebriti masakan iaitu Khairul Aming berjaya menjual sambal yang dihasilkannya iaitu Sambal Nyet Berapi sebanyak RM1 juta dalam tempoh tiga bulan.

Yang terbaharu, Khairul atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bahawa ada pihak yang telah cuba menjual Sambal Nyet Berapi palsu.

“Lately aku pelik kenapa ada customer DM aku cakap sambal berbuih tapi bila aku tengok gambar botol and postcard, ada macam something tak kena.

“Macam lain design and rupa sambal. And then we identified that they bought from ‘Masturaaliyah’ yang claim as reseller,” kongsinya di Twitter.

Kharul berkata, dia juga ada terbaca review di shopee dan ramai memberikan satu bintang sebab sambal basi, berair, pecah dan bau busuk.

“Untuk kumpul bukti aku minta kawan aku beli sambal ni dari dia and memang betul ni sambal tipu,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga memberi peringatan supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak membeli dengan reseller.

“Oleh itu perhatian kepada Masturaaliyah, this tweet is for you. Sesiapa yang beli dari dia mintak check balik sambal yang you guys dapat.

“Also please be careful sebab gambar dia guna ni ada kat shopee shop yang lain juga. This is why kenapa aku Melayu sangat-sangat untuk orang jangan beli dengan reseller,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Selepas Berjaya Buat Jualan Sambal RM1 Juta, Khairul Aming Dedah Ada Pihak Cuba Jual Sambal Nyet Berapi Palsu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.