Ads Top

“Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Yang Tidak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu” – Sheila Rusly Nafi Dakwaan Elisya Sandha Tinggal Di Rumahnya

Penerbit popular, Sheila Rusly menolak dakwaan yang mengatakan bakal menantunya, pelakon Elisya Sandha kini tinggal di rumahnya.

Penjelasan berkenaan dibuat sendiri oleh Sheila menerusi satu perkongsian video memasak yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Disebabkan dia (Elisya) ada di sini di malam hari, korang menabur fitnah kata dia duduk sini. Tidak… dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama, jaga muka. Tak boleh menconteng arang.

“Dia tahu tata tertibnya, daripada dia pergi melepak kat tempat tak tentu arah, lebih baik dia datang kat rumah bakal mak mertua dia dan belajar memasak.

Sheila berkata demikian bagi menjawab segala tuduhan yang mengatakan Elisya kini tinggal di rumahnya.

Jelasnya, adalah lebih baik sekiranya datang ke rumah dan kelibat anak dan bakal menantunya itu ada di depan matanya.

“Kalau mereka cuba melakukan satu-satu perkara yang tidak diingini, kaki Sis sampai dulu. Korang rasa?

“Tak pedulilah cantik ke apa, kaki Sis sampai dulu. So jangan tabur fitnah, tak baik…” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Yang Tidak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu” – Sheila Rusly Nafi Dakwaan Elisya Sandha Tinggal Di Rumahnya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.