Ads Top

Dua Kali Tertunda… Filem Mencari Rahmat Akhirnya Akan Tayang Di Pawagam 10 Jun Ini

Filem Mencari Rahmat yang sudah dua kali ditunda penayangannya sebelum ini akhirnya akan menemui penonton pada 10 Jun ini.

Penerbitnya, Zuli Ismail berkata, penundaan tersebut dibuat memandangkan pawagam terpaksa ditutup bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 pada ketika itu. 

“Setelah terpaksa ditunda sebanyak dua kali, ingin saya nyatakan bahawa tarikh baharu untuk tayangan filem Mencari Rahmat adalah pada 10 Jun ini.

“Kami juga telah menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memaklumkan tentang tarikh tayangan yang baru ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Zuli berkata, dengan tarikh baru yang telah ditetapkan ini, dia berharap agar tayangan filem Mencari Rahmat tidak akan lagi ditunda tayangannya di pawagam. 

“Saya percaya memang ramai yang menantikan tayangan filem ini, cuma apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar kawalan kami.

“Jadi, saya seru kepada penonton supaya jangan lepaskan peluang menonton filem ini apabila ditayangkan di pawagam nanti,” jelasnya.

Pada asalnya, Mencari Rahmat sepatutnya ditayangkan pada 18 Jun 2020, tetapi ia tunda ke tarikh 31 Disember 2020.

Namun, ia sekali lagi ditunda berikutan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga pawagam terpaksa menutup operasi buat sementara waktu. – KopiPlanet.com

*Sinopsis

Razak seorang ahli perniagaan yang berjaya yang tinggal di Pulau Pinang. Dia seorang yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki. Apabila Tan Sri Omar dan isterinya meninggal dalam satu kemalangan, Razak telah diwasiatkan menjaga cucu perempuan mereka, Ratna, 19 yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya. Razak seorang yang suka berfoya-foya, berparti liar tapi pada masa yang sama dia perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna. Oleh itu dia mencipta seorang adik bernama Rahmat yang kononnya banyak masalah dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia memberi alasan perlu kerap ke KL untuk menyelamatkan adiknya Rahmat supaya dia dapat berparti di KL.

The post Dua Kali Tertunda… Filem Mencari Rahmat Akhirnya Akan Tayang Di Pawagam 10 Jun Ini appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.