(Video) Siap Minta Maaf, Gelagat Pengantin Lelaki Malu-Malu Nak Sarung Cincin Pada Isteri
Majlis pernikahan merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan. Pastinya terdapat momen indah yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pengantin dan dikenang sepanjang hayat.
Seperti perkongsian video gelagat pengantin baru ini yang dimuat naik menerusi medium Tiktok oleh pemilik akaun sheeseraa membuatkan ramai warganet pecah perut, tak kurang juga tersenyum malu.
Manakan tidak, si pengantin lelaki dilihat ‘tidak berani’ menyarungkan cincin dan mencium dahi pengantin perempuan ketika upacara membatalalkan air sembahyang kerana kekok dan menjaga batas antara mereka sebelum ini.
”Weh sorry tau”
Ketika hendak menyarungkan cindin di jari manis, pengantin lelaki yang malu-malu mengambil masa kerana kelihatan menggeletar. Malah, turut kedengaran suara pengantin lelaki yang meminta maaf terlebih dahulu sebelum memegang tangan isterinya.
@sheeseraa
Buat apa ni?
Sambungan dari video tersebut pula menunjukkan adegan ‘cium dahi’ tetapi diselangi dengan gelagat pengantin lelaki yang berulang kali gagal memegang dan menicum dahi isterinya turut membuatkan ramai terhibur!
@sheeseraa
Menurut pemilik akaun, pengantin lelaki berkenaan merupakan sepupunya dan pasangan itu adalah kawan baik sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan ini agar berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ramai juga di antaranya yang tidak berhenti memuji kecomelan pasangan ini. Ternyata memang comel dan sweet sangat!
Kekok sebab kena cium ‘bff’ sendiri
Comel, sebab selalu perempuan yang malu
Dia yang kahwin aku yang tersengih
Suami aku pula menangis macam ada kematian
Sumber: TikTok @sheeseraa
The post (Video) Siap Minta Maaf, Gelagat Pengantin Lelaki Malu-Malu Nak Sarung Cincin Pada Isteri appeared first on Siakap Keli.
No comments: