Ads Top

(Video) Bekas Pramugari Ini Dedahkan Tempat Terbaik Dalam Kapal Terbang, Lebih Selesa

Sekiranya kerajaan menamatkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 nanti, pasti ramai di antara kita akan menempah tiket kapal terbang untuk pergi bercuti.

Semasa hendak membeli tiket penerbangan, kita akan diberikan pilihan untuk memilih tempat duduk di dalam kapal terbang.

Ramai yang memilih untuk duduk di tepi tingkap dan beranggapan bahawa tempat duduk itu adalah satu tempat yang terbaik sekali dalam kapal terbang kerana mendapat pemandangan menerusi tingkap.

Pun begitu, seorang bekas pramugari ini yang kerap berkongsikan tips menaiki kapal terbang ada menjelaskan tentang pendapat jujurnya untuk memilih tempat terbaik dalam kapal terbang sekiranya anda memilih untuk menggunakan kelas ekonomi.

Sandra Kwon, yang bekerja selama lebih dari dua tahun untuk syarikat Emirates, telah berkongsikan berkenaan perkara itu di akaun TikTok miliknya.

Dengan memberikan contoh kabin yang terdapat dua bahagian, dia menyatakan: “Tempat duduk di bahagian tengah teruk, jadi mari kita buang semua kerusi tengah.

“Setiap bahagian di baris belakang tidak boleh berbaring, jadi mari kita buang tempat duduk itu.”

Dia mengakui bahawa dia bukan orang yang tinggi dan tidak memerlukan ruang kaki tambahan, jadi tempat duduk di bahagian pintu kecemasan boleh diendahkan.

Dan dia turut menambah bahawa tempat duduk tersebut selalunya mempunyai “TV dan meja”.

“Oleh kerana perlu seimbangkan berat pesawat, mereka selalunya akan memenuhkan bahagian pertama dahulu sebelum bahagian terakhir, yang bermaksud anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dapat tempat duduk tambahan di bahagian belakang,” kata bekas pramugari itu.

“Dan untuk peluang itu, saya lebih memilih untuk berada di belakang.”

Dengan seluruh bahagian depan yang dipotong, Sandra hanya tinggal enam baris tempat duduk sahaja – dua di tepi tingkap dan empat di lorong laluan.

Dia kemudiannya berkata: “Tempat duduk berdekatan tandas akan berbau, saya cadangkan lima baris dari tandas kalau nak selamat. Jadi mari kita potong barisan tersebut.

“Ini untuk sesuatu yang peribadi, saya benci minta orang lain beri laluan untuk saya keluar pergi ke tandas. Untuk itu saya akan potong semua kerusi di tepi tingkap.”

Untuk memastikan bahawa dia dapat makanan pilihannya, dia memilih tempat duduk di depan kerana pramugari “biasanya akan melayani penumpang di barisan hadapan dahulu sebelum ke belakang”.

Dan setelah mempertimbangkan dengan teliti, Sandra menyimpulkan: “Jadi sekarang telah sampai ke proses penyingkiran, tempat duduk ideal pilihan saya adalah tempat duduk bernombor 49 C, D, F atau G.”

Oleh kerana nombor tempat duduk hanya berdasarkan contoh pelan tempat duduk, dia menyatakan bahawa semua konfigurasi pesawat berbeza tetapi “susunan tempat duduk adalah sama”.

@jeenie.weenie

😈 #cabincrewlife

♬ Original sound – Sandra Jeenie Kwon

Sumber: Daily Star

The post (Video) Bekas Pramugari Ini Dedahkan Tempat Terbaik Dalam Kapal Terbang, Lebih Selesa appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.