(Video) Alami Masalah Perut Kembung Melampau, Doktor Terkejut Temui Cacing Pita 18 Meter Keluar Dari Rektum Pesakit
Doktor terkejut selepas menemui cacing pita sepanjang 59 kaki di rektum seorang lelaki di Thailand, lapor Daily Mail.
Pesakit yang berusia 67 tahun itu dilaporkan telah mengunjungi hospital, di wilayah Nong Khai, Thailand, kerana mengadu sakit perut dan perut kembung.
Dia dikatakan tidak mengetahui adanya masalah tersebut dan satu sampel yang diambil terus dihantar ke petugas perubatan di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasitik, di wilayah Nakhon Ratchasima.
Di sana, ujian makmal menunjukkan bahawa sampel tersebut mengandungi 28 biji telur.
Selepas lelaki tersebut diberikan ubat cacing, parasit besar itu telah keluar daripada rektumnya pada keesokan harinya.
Video menunjukkan petugas perubatan menyusun parasit besar sepanjang 59 kaki (18 meter) itu dan meletakkannya di atas alas yang berwarna merah.
Jurucakap Pusat Penyelidikan Penyakit Parasitik menyatakan: “Cacing pita Taenia saginata sepanjang lebih dari 18 meter itu diperoleh dari pesakit yang sampelnya dihantar ke sini.
“Dia telah diberikan ubat cacing sebelum tidur dan pada waktu pagi cacing panjang ini telah keluar.
“Ianya sangat besar dan kami memerlukan beberapa saat untuk menyusun semuanya ke bawah.”
Doktor percaya bahawa parasit itu berasal dari daging lembu mentah yang mengandungi telur cacing pita.
Pakar perubatan menyatakan cacing pita ini adalah yang terbesar yang pernah mereka temui di Thailand selama lebih dari 50 tahun.
Pesakit telah diberikan ubat dan dinasihatkan untuk mengubah tabiat makannya.
Dr Schawanya Rattanapitoon, yang mengetuai pasukan itu menyatakan: “Ianya adalah disebabkan oleh memakan daging lembu mentah. Parasit ini boleh hidup dalam badan manusia selama lebih dari 30 tahun.
“Namun, pada masa kini, mereka tidak boleh bertahan lama kerana terdapat ubat yang bagus. Tetapi cacing pita ini sangat panjang.
“Menurut maklumat lalu, ini adalah yang terpanjang yang pernah dilihat di Thailand selama 50 tahun.
“Kami telah mencadangkan agar keluarga pesakit juga turut menjalani ujian perubatan untuk mengetahui sama ada terdapat parasit dalam badan mereka atau tidak kerana mereka juga berkemungkinan berisiko.
“Kami memberi amaran kepada mereka untuk tidak terus memakan daging mentah kerana itu adalah salah satu penyebab utama parasit berada dalam badan.”
Taenia saginata, yang dikenali sebagai cacing pita daging lembu, adalah sejenis parasit yang mampu hidup di usus manusia sehingga 30 tahun.
Manusia boleh dijangkiti ketika mereka memakan daging lembu mentah atau tidak dimasak yang mengandungi larva.
Sumber: Daily Mail
The post (Video) Alami Masalah Perut Kembung Melampau, Doktor Terkejut Temui Cacing Pita 18 Meter Keluar Dari Rektum Pesakit appeared first on Siakap Keli.
No comments: