Selepas Insiden Di AJL 35, Nabila Razali Kini Tahu Yang Mana Kawan & Yang Mana Lawan
Penyanyi Nabila Razali mengakui agak kesal dengan tindakan segelintir mereka yang berada sama dalam satu industri berbual perkara yang negatif mengenai dirinya.
Nabila berkata, apabila berada dalam satu industri adalah tidak wajar untuk menambahkan minyak ke dalam api dan hanya sedikit semangat yang diberikan adalah mencukupi.
“Apa yang saya kesal dan tidak sangka orang yang mencari rezeki sama dalam bidang ini berbual tentang benda yang negatif, sedangkan kita ni share periuk nasi yang sama.
“At least apabila insiden-insiden macam ini terjadi, saya boleh tahu yang mana kawan yang mana lawan,” ujarnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui sewaktu pelancaran kek lapis Big Mouth x Nabila Razali yang berlangsung pada malam tadi.
Sebelum ini, Nabila berhadapan dengan kecaman yang teruk gara-gara persembahan yang ditampilkan ketika di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua.
Dalam pada itu, Nabila menyatakan dia banyak mendapat sokongan daripada orang sekeliling, namun tetap bersikap terbuka sekiranya ada pihak yang tidak menyokongnya.
Ujarnya, untuk aksi di pentas AJL 35 tempoh hari latihan memang banyak dibuat untuk persediaan beraksi di pentas besar.
“Malangnya, insiden itu pun telah terjadi dan apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa saya.
“Apapun saya tak ada isu pihak yang hentam saya, sebab saya tak ada buat apa-apa kat orang lain. Selagi orang tak kacau periuk nasi saya, saya ok,” jelasnya. – KopiPlanet.com
The post Selepas Insiden Di AJL 35, Nabila Razali Kini Tahu Yang Mana Kawan & Yang Mana Lawan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: