Ads Top

“Sorry I Terlalu Busy Dengan Family, Kerja & Business”- Ada Individu Cuba Stalk Instagram Puteri Sarah Liyana

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa ada individu yang cuba melihat aktiviti hariannya setiap hari di Instagram.

Menerusi pendedahan di Inta Story miliknya, individu berkenaan telah membuat akaun palsu (fake akaun) untuk melakukan perbuatan tersebut.

“Awwwwwww so sweet. Everyday U stalk I. Tau activity I, ok stalk lah. IG I tak private pun. Sorry I terlalu busy dengan family, dengan kerja dengan business.

“I don’t have time to buat benda lain unlike U sampai terpaksa buat fake account untuk kacau I,” dedahnya.

Menurut isteri kepada Syamsul Yusof itu lagi, individu berkenaan seperti tidak tenang melihat dirinya sudah berbaik dengan suami.

Malah, individu berkenaan turut mengganggu adik ipar, rakan-rakan, stokis serta ibu mertuanya.

“Dah 2021 dear, terimalah kalau buat jahat Allah takkan izinkan U menang. Allah tak tidur. Memang tak tenang ye tengok dah berbaik?

“If U rasa tak senang, selalulah tahajud & solat taubat. Insya Allah rasa berdosa yang menebal dalam diri tu akan terhapus sedikit demi sedikit. Hidup pun tenang. Tak adalah rasa insecure 24 jam. Good luck dear,” ujarnya.

Puteri Sarah juga menyatakan dirinya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

The post “Sorry I Terlalu Busy Dengan Family, Kerja & Business”- Ada Individu Cuba Stalk Instagram Puteri Sarah Liyana appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.