Neelofa & PU Riz Nikah Esok… Acara Pernikahan Akan Berlangsung Di Sebuah Hotel Lain?
Berita pernikahan pengacara Neelofa dan PU Riz sememangnya sangat dinantikan oleh para peminatnya.
Ternyata pelbagai berita yang bertebaran mengenainya, termasuklah ada laporan yang mengatakan mereka akan bernikah hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada lagi tanda-tanda yang menunjukkan hari ini berlangsungnya pernikahan tersebut.
Namun begitu, menerusi maklumat yang diterima, acara pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung esok, namun ia bukanlah berlangsung di sebuah hotel yang diperkatakan sebelum ini.
Sebaliknya, acara pernikahan berkenaan dikatakan akan berlangsung di sebuah hotel lain yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Sehingga kini, sama ada Neelofa atau PU Riz, masing-masing tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkahwinan mereka.
Kisah mengenai perkahwinan pasangan berkenaan sudah mula diperkatakan sebaik sahaja kakak Neelofa iaitu Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada minggu lalu. – KopiPlanet.com
The post Neelofa & PU Riz Nikah Esok… Acara Pernikahan Akan Berlangsung Di Sebuah Hotel Lain? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: