“Kalau Ada Jodoh Saya Dengan Dia, Adalah…” – Remy Ishak Masih Berkawan Dengan Bekas Tunang
Pelakon popular Remy Ishak tidak menolak sekiranya masih ada jodoh dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof.
Remy berkata, meskipun pertunangannya dengan Ezza sudah putus, namun mereka masih lagi berkawan.
“Walaupun kami dah putus (tunang), tapi kami masih lagi berkawan dań masing-masing mencari kebaikan dalam diri. Mana yang kurang tu kita akan perbaiki.
“Saya tak berani nak cakap lebih sebab benda ni sensitif. Kalau saya tersalah cakap ia boleh melukakan hati pihak lain dan lebih selesa dengan keadaan sekarang. Kalau ada jodoh saya dengan dia, adalah…” ujarnya.
Sebelum ini, Remy dan Ezza pernah bertunang pada tahun 2017, namun mereka mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dua tahun kemudian.
Bagaimanapun, hubungan mereka kembali diperkatakan setelah Ezza berkongsi satu video sambutan hari lahirnya baru-baru ini yang turut disertai Remy.
Dalam pada itu, Remy juga mengakui pada usia yang sudah mencecah 39 tahun ini, dia memang sudah bersedia untuk berkahwin.
Bagaimanapun, mengakui dirinya pernah berasa trauma apabila dibesarkan dalam situasi ibu bapanya bercerai membuatkan dirinya lebih berhati-hati mencari pasangan.
“Memang ada rasa ingin berkahwin, apatah lagi kalau balik rumah akan rasa sunyi. Namun, ia semua berkaitan masa.
“Bagi saya biarlah berkawan dalam tempoh yang lama agar perkahwinan itu akan berkekalan sampai bila-bila,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Kalau Ada Jodoh Saya Dengan Dia, Adalah…” – Remy Ishak Masih Berkawan Dengan Bekas Tunang appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: