Baby Shima Buat Laporan Polis Berhubung Penyebaran Video Di Twitter Dan Fitnah Di Instagram
Penyanyi popular Baby Shima telah bertindak membuat dua laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara petang tadi.
Laporan polis tersebut dipercayai dibuat berkenaan penyebaran videonya yang mencetuskan kontroversi sebelum ini di Twitter serta fitnah di Instagram.
“Alhamdulillah selesai report setelah tiga jam beri keterangan di balai polis.. dua kes twitter yang menyebarkan… dan satu kes ig fitnah.
“Mana yang ada upload video tersebut di YouTube, FB, IG atau di sosial media, sila delete dalam masa 48 jam atau akan diambil tindakan,” tulisnya.
> Baca: Dikecam Buat Video Dikatakan Persenda Seorang OKU, Baby Shima Tampil Memohon Maaf
Sebelum ini, Baby Shima berhadapan kontroversi apabila membuat video mempersenda seorang Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mendapat kecaman ramai.
Bagaimanapun, penyanyi itu sudah memadamkan video terbabit dan turut membuat permohonan maaf kepada individu berkenaan yang dikenali sebagai Zhariff Afandi. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Baby Shima
The post Baby Shima Buat Laporan Polis Berhubung Penyebaran Video Di Twitter Dan Fitnah Di Instagram appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: