Ads Top

Eizlan Yusof Telah Dilantik Sebagai Pengerusi Jawatankuasa SWT FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan tentang pelantikan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang (SWT).

Perkara tersebut dinyatakan sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FINAS.

“FINAS merakamkan penghargaan dan tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Eizlan Yusof atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang FINAS berkuat kuasa mulai 15 Mac 2021 sehingga 22 Mei 2022.

“Untuk makluman, YBhg. Dato’ Sri Eizlan Yusof merupakan Ahli Perbadanan FINAS yang kini turut memegang portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS,” ujar kenyataan berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Eizlan Yusof Telah Dilantik Sebagai Pengerusi Jawatankuasa SWT FINAS appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.