Ads Top

Dipercayai Tak Dapat Terima Kenyataan Isteri Sudah Tiada, Lelaki Dilapor Cuba Gali Kubur Isteri & Tersungkur Menangis

Tidak dapat digambarkan perasaan bila kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya, pasti sangat sukar untuk diterima.

Seperti yang dialami seorang lelaki di Indonesia ini, dia dipercayai menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya baru sahaja meninggal dunia.

Video kejadian itu dilaporkan telah tular di Indonesia.

Menurut Kumparan, lelaki tersebut dilihat berusaha menggali kubur arwah isterinya dengan menggunakan cangkul.

Lelaki itu juga dilihat menggali tanpa bantuan orang lain tetapi belum sempat selesai, dia menangis sambil wajahnya ditelekup ke tanah.

Tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar kejadian ini tetapi ada yang mendakwa bahawa ia berlaku di Semarang.

Sumber: Kumparan

The post Dipercayai Tak Dapat Terima Kenyataan Isteri Sudah Tiada, Lelaki Dilapor Cuba Gali Kubur Isteri & Tersungkur Menangis appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.