Wanita Ini Beli Rumah Lelong RM170,000, Boleh Jual Semula Dengan Harga RM300,000
Harga rumah lelong kebiasaannya lebih rendah daripada harga pasaran dan berpotensi menjadi pembelian yang berbaloi. Tetapi tidak ramai yang mahu mengambil risiko membeli rumah lelong kerana pemilik berisiko menanggung sejumlah wang yang besar untuk membaiki kerosakan rumah.
Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok oleh Shariza Abd Latif, wanita ini mengambil risiko membeli sebuah rumah lelong dalam keadaan yang teruk ditinggalkan oleh penghuni lama dengan harga RM170 ribu.
Setelah dibaik pulih, rumah yang dahulunya penuh kerosakan kini berjaya dijual dengan harga RM300 ribu sekaligus membawa keuntungan yang berbaloi kepada pemilik.
@sharizaabdlatif Flipping rumah lelong. Beli 170k. Jual 300k. #rumahlelong #zsteam
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memuji usaha yang dilakukan oleh wanita berkenaan selain memintanya berkongsi tips atau teknik membeli rumah sedemikian untuk diubahsuai menjadi kediaman yang selesa.
Macm mana nak beli rumah macam ni?
Dah namanya bisnes, mesti nak untung
Tak salah pun jadi kapitalis
Sumber: TikTok sharizaabdlatif
The post Wanita Ini Beli Rumah Lelong RM170,000, Boleh Jual Semula Dengan Harga RM300,000 appeared first on Siakap Keli.
No comments: