Ads Top

Riena Diana Kini Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Mark Adam & Fizie Di Geng Pagi Hot

Pelakon Riena Diana telah diumumkan sebagai penyampai radio Hot FM dan kini mengendalikan Geng Pagi Hot (GPH) bersama Mark Adam dan Fizie Ali.

Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi perkongsian di Instagram Hot FM hari ini.

“Yayy dah ada bunga setiap pagi di Geng Pagi Hot lepas ni,” tulis kenyataan tersebut.

Manakala Riena menerusi Instagramnya pula menyatakan hari ini adalah hari pertama dia menjadi penyampai tetap setelah menjalani latihan.

“Yeaayerrzzz GENG PAGI HOT dah lengkap!! Today is officially my very first day setelah segala training & hustle & penyimpanan rahsia ( yang paling susah😩) FINALLY DAH BOLE REVEAL HARINI! 

Thanks for the endless support guys & thanks @hotfm976 for the great opportunity! Let’s tune in to hot fm Lebih Hangat Daripada Biasa,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah menjadi penyampai radio jemputan selama seminggu dan bergandingan dengan Haziq dan Deen. – KopiPlanet.com

The post Riena Diana Kini Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Mark Adam & Fizie Di Geng Pagi Hot appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.