(Video) TERKINI: Vaksin COVID-19 Sinovac Tiba Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Vaksin COVID-19 Sinovac dijadual tiba di negara ini hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 9 pagi.
Ahad lepas, Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos.
Fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.
Pada 13 Jan lepas, Pharmaniaga mengumumkan menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin COVID-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter pada 19 Feb lepas berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang dalam proses menilai data klinikal Sinovac.
Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.
Berikut adalah perkembangan terkini ketibaan vaksin itu:
8.55 pagi : Pesawat membawa vaksin COVID-19 Sinovac selamat mendarat di KLIA.
Pesawat membawa vaksin COVID-19 Sinovac selamat mendarat di KLIA pada pukul 8.55 pagi ini#VaksinCovid19 #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/vr2i3GivJF
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) February 27, 2021
8.24 pagi : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing tiba di Kompleks i-secure Maskargo, KLIA.
8.19 pagi : Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong tiba di Kompleks i-secure Maskargo, KLIA bagi menyambut ketibaan vaksin Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China.
Pesawat Malaysia Airlines MH319 yang membawa vaksin COVID-19 keluaran Sinovac mendarat di KLIA#VaksinCOVID19 #BERNAMAInfoVaksin@JKJAVMY @officialmosti @KKMPutrajaya pic.twitter.com/62LuROTnyO
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 27, 2021
Sumber: BERNAMA
The post (Video) TERKINI: Vaksin COVID-19 Sinovac Tiba Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.
No comments: