Syatilla Melvin Akui Ada Perancangan Cari Ustaz Untuk Pendinding Elak Disihir
Tidak dinafikan amalan syirik seperti menyihir atas dasar dengki dengan kejayaan seseorang atau perasaan benci masih lagi berlaku lagi sehingga kini.
Bagi pelakon dan juga usahawan, Syatilla Melvin, perkara sebegitu memang biasa berlaku apabila terbabit dalam dunia perniagaan.
“Dalam circle saya ini memang dah banyak cubaan menggunakan ilmu hitam ini. Saya sendiri memang ada rancang untuk cari ustaz supaya kita sediakan pendinding.
“Kita pun tak tahu kerana adakalanya musuh yang paling jahat dan tidak boleh tengok kita senang adalah orang paling hampir dengan kita. Yang penting kena ikhtiar supaya tidak melalui perkara-perkara buruk sebegini,” jelasnya.
Baru-baru ini pelakon dan juga usahawan Aeril Zafrel mendedahkan tentang ada cubaan pihak tertentu yang mahu menyihir dirinya dan keluarga berdasarkan penemuan barangan yang mencurigakan.
Bagi Shaheizy Sam pula, sebagai seorang muslim dia percaya perkara-perkara ghaib sememangnya berlaku.
Ujarnya, perkara seperti sihir ini sememangnya sudah berlaku sejak dahulu lagi dan masih lagi diamalkan sehingga sekarang.
“Dahulu ketika di kemuncak kejayaan ada juga orang tanya sama ada saya pakai pendinding atau tidak kerana bagi mereka pasti akan ada orang yang dengki.
“Bagi saya dalam kejayaan itu pasti akan ada benda buruk yang akan dilalui. Pada saya, apa yang penting hanya berserah sahaja kerana yang penting saya tidak ganggu kehidupan orang lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, bersempena meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-5, pasangan tersebut berkongsi hari bahagia mereka bersama peminat-peminat pada Malam Virtual Pengaseh secara ‘live streaming’ di Facebook Shaheizy Sam dan Youtube SamTilla TV malam tadi.
Sam berkata, mereka ingin berkongsi kenangan terindah dan momen selama lima tahun perkahwinan mereka.
“Saya tahu ia jangka masa yang singkat, tetapi ia amat bermakna. Apatah lagi setelah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan produk bersama iaitu Pengaseh.
“Saya dan Tilla kongsikan dari segi idea pengasilan produk, cara pemasaran dan sebagainya.
Banyak yang kami belajar bersama Alhamdulillah yang semakin berjaya dan berharap menjadi pendorong kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk menjana pendapatan bersama untuk menjadi stokis dan agen Pengaseh,” ujarnya.
Sementara itu, Syatilla pula menyatakan sambutan berkenaan sangat bermakna bukan sahaja meraikan ulangtahun perkahwinan tetapi meraikan sambutan kelahiranya yang ke-30.
“Pada usia ini saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan serta perniagaan yang saya ceburi bersama Sam, mendapat respon yang baik.
“Saya berharap dengan adanya Pengaseh yang kami usahakan bersama, ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang peminat untuk bersama-sama kami didalam Pengaseh. Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain yang sama-sama ingin berjaya dalam perniagaan.
Pada acara itu juga, Sam dan Tilla memberikan hadiah percutian kepada peminat bertuah yang menonton mereka secara live, pemenang akan berpeluang Cuti-Cuti Bersama Tilla & Sam ke Golden Sands Resort by Shangri-La Penang. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Istimewa bersama Kaka Azraff dan dihoskan oleh Ain Edruce.
Pengaseh (Pelaris Cinta) merupakan sebuah produk minuman jamu khusus untuk wanita serta produk pertama kolaborasi Syatilla dan Sam.
Produk berkenaan dihasilkan daripada ramuan terbaik hasil pengalaman Syatilla sendiri yang mengamalkan jamu sejak usia belasan tahun dan selepas mendapat nasihat daripada individu pakar serta pihak bertauliah. – KopiPlanet.com
The post Syatilla Melvin Akui Ada Perancangan Cari Ustaz Untuk Pendinding Elak Disihir appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: