Ads Top

“Hello Mak Bapak Korang Mana?” – Ada Budak Hingusan Mahu Jadikan Zarina Anjoulie Sugar Mummy

Pelakon yang baru sahaja bercerai baru-baru ini, Zarina Anjoulie mendedahkan dia ada menerima mesej daripada budak hingusan yang mahu menjadikan dirinya sebagai sugar mummy.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Zarina menerusi Insta Story miliknya.

“All these young punks be sliding into my dms dengan harapan nak aku jadi sugar mummy like seriously?? Send pic ko la nak kenal la nak gatal la.

“Hello mak barak korang mana? Suruh dorang tanggung kau ye dik… Aku bukan mak kau and kau bukan anak aku nak aku tanggung,” luahnya.

Pada masa sama, pelakon itu juga menyelar segelintir anak muda yang malas bekerja dan mahu mendapatkan duit dengan cara yang mudah.

Ujarnya, dalam kehidupannya sekarang ini hanya tiga lelaki yang berhak mendapat wangnya iaitu bapa, adik dan anaknya.

“Aku tak lapar jantan… Aku happy dengan hidup aku and family aku.

“Hanya tiga lelaki dalam hidup aku berhak dapat duit aku my dad, my brother and son. That’s it…,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zarina Anjoulie

The post “Hello Mak Bapak Korang Mana?” – Ada Budak Hingusan Mahu Jadikan Zarina Anjoulie Sugar Mummy appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.