Penyampai Radio Kontroversi Persenda Seorang Guru Akhirnya Telah Letak Jawatan
Seorang penyampai radio Hitz Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri yang menjadi viral baru-baru ini telah meletakkan jawatan di stesen radio berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hitz Sarawak, perletakan jawatan tersebut berkuat kuasa pada 22 Februari 2021 (semalam).
“Hitz FM sememangnya komited untuk terus memberikan informasi dan hiburan kepada rakyat Malaysia.
“Berdasarkan siasatan dalaman terhadap kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021,” ujar kenyataan berkenaan.
Sebelum ini, tindakan Yusuf mempersenda bahasa Inggeris seorang guru di saluran DidikTV menerusi aplikasi TikTok telah mendapat kecaman netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian video TikTok yang dimuat naik, dia dilihat begitu tidak sopan apabila mentertawakan serta memperlekehkan cara penyampaian guru tersebut.
Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman hebat, Yusuf sudah pun membuat permohonan maaf menerusi satu video. – KopiPlanet.com
The post Penyampai Radio Kontroversi Persenda Seorang Guru Akhirnya Telah Letak Jawatan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: