Janna Nick Dedah Selalu Gaduh Dengan Kekasih Ketika Awal Perkenalan, Kehidupan Kena Kawal
Kisah percintaan antara pelakon Janna Nick dan kekasihnya yang juga seorang pelakon Dini Schatzmann sering menjadi perhatian peminat.
Malah, kedua-duanya juga sering barkongsi momen-momen indah sebagai pasangan kekasih di media sosial masing-masing.
Yang terbaharu, Janna mendedahkan bahawa dia dan Dini selalu bergaduh dan timbul salah faham ketika awal perkenalan mereka dahulu.
“Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi. Kontra ya amat. Awal-awal perkenalan dulu, gaduh je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.
“Dia OCD, aku jenis bersepah (bersepah je la bukan pengotor). Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah, makan dalam kereta tak boleh. So aku jadi rimas,” tulisnya.
Menurut Janna, selama ini tiada orang yang mengawal kehidupannya setelah dibesarkan oleh Tok dan Tok Wannya.
Ujarnya, kehidupannya kemudian telah dikawal oleh kekasihnya itu sehingga membuatkan jiwa raganya memberontak.
“Selama aku hidup takde orang control hidup aku (sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan, lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama).
“So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku. Of course jiwa raga aku rasa memberontak. Lepas tu dia ni sejenis OVERTHINK teruk!
Dia akan fikir satu satu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress,” ujarnya.
Jelas Janna, biarpun dia dah kekasihnya itu banyak perbezaan, namun mereka berusaha untuk mengatasi setiap kelemahan yang ada pada diri kedua-duanya.
Malah, dia juga menegaskan supaya setiap pasangan tidak mengungkit kisah silam dan segala kelemahan diri masing-masing.
“Cara kita membesar, persekitaran, didikan, pengalaman yang menjadikan kita manusia yang berbeza. Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.
“Kau tak boleh salah kan masa silam dia, kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama-sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.
“Yang ada pengalaman pahit/sejarah hitam dalam hidup tu… tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Janna Nick
The post Janna Nick Dedah Selalu Gaduh Dengan Kekasih Ketika Awal Perkenalan, Kehidupan Kena Kawal appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: