Ads Top

Masih Dalam Tempoh Rawatan, Nabila Razali Tetap Beraksi Di Pentas AJL 35


Penyanyi Nabila Razali menyatakan dia akan tetap beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) meskipun masih lagi dalam tempoh rawatan. 

Nabila berkata, ketika ini semua persiapan sudah dibuat, terutama sekali aspek kesihatan yang amat diambil berat serta mental dalam persediaan membuat persembahan di pentas yang besar.

“Sudah tentu saya amat teruja, tetapi pada masa sama perlu sentiasa menjaga kesihatan. Buat masa ini saya ikut apa sahaja arahan doktor.

“Memang ada juga terfikir pasal risiko, tetapi mengenangkan peminat-peminat yang rindu persembahan saya, jadi itu yang saya pertimbangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Nabila terpaksa menarik diri daripada persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) akibat mengalami masalah pada peti suara.

Hael Husaini yang juga komposer Peluang Kedua telah menggantikan Nabila untuk mempersembahkan lagu berkenaan.

Ujarnya, dalam perjalanan ke AJL 35 ini, dia begitu mengharapkan berkat dan doa daripada semua peminat untuk kembali pulih.

Dalam pada itu, penyanyi itu menyatakan sekiranya dia tidak dapat beraksi pada saat-saat akhir, pihaknya akan berbincang untuk perancangan yang lain.

“Buat masa ini, kami belum ada lagi senarai nama pengganti jika saya tidak dapat beraksi. 

Kalau ada apa-apa yang berlaku, saya akan memaklumkannya nanti menerusi sosial media. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nabila Razali

The post Masih Dalam Tempoh Rawatan, Nabila Razali Tetap Beraksi Di Pentas AJL 35 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.