(Video) Takut Terlanggar, Ini Cara Mudah Nak Tahu Jarak Dengan Kereta Hadapan
Jarak sesebuah kenderaan dengan kenderaan lain merupakan salah satu faktor penyelamat ketika berlaku kemalangan. Secara asasnya, kita telah diingatkan agar mempraktikkan ‘peraturan 3 saat’, iaitu jarak selamat kenderaan kita dengan kenderaan hadapan.
Berdasarkan portal Drive Safe Online, cara untuk mengenalpasti jarak ini ialah dengan mencari satu titik di atas jalan seperti lampu trafik. Sebaik kereta di hadapan anda melintasinya, kira selama tiga saat sebelum anda bergerak melintasi titik yang sama.
Selain itu, anda juga boleh mempraktikkan jarak selamat dengan menganggarkan ukuran antara kereta anda dan kenderaan hadapan melalui cara dikongsikan oleh Auto Parts Laboratory di bawah.
@auto.parts.laboratory How to judge the distance to the front car? #DiceRoll #carsoftiktok #tutorial #yougotit #4u
Sumber: Auto Parts Laboratory, Drive Safe Online
The post (Video) Takut Terlanggar, Ini Cara Mudah Nak Tahu Jarak Dengan Kereta Hadapan appeared first on Siakap Keli.
No comments: