Ads Top

(Video) Rakaman Cemas Kereta Cuba Elak Motosikal Melintas Sebelum Terbabas Dan Rempuh Motosikal Lain

Seorang pemandu berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas selepas cuba mengelak penunggang motosikal yang dipercayai keluar secara mengejut daripada simpang sebuah jalan yang dilaporkan di Paka, Terengganu.

Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, kereta dipercayai jenis Alza berwarna biru itu berjaya mengelak dua penunggang motosikal berkenaan, namun terbabas merempuh penunggang motosikal lain sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Susulan kemalangan itu, kereta berwarna biru itu dilihat hampir terbalik apabila merempuh sebatang pokok yang mana terdapat juga motosikal diantaranya.

24Dec2020/TerengganuKemalangan berlaku pagi tadi di Jalan Santong,Paka Terengganu. 1 mangsa patah peha dan 1 lagi mangsa patah jari kaki..➖date/time pada dashcam owner belum setting#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, December 24, 2020

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

The post (Video) Rakaman Cemas Kereta Cuba Elak Motosikal Melintas Sebelum Terbabas Dan Rempuh Motosikal Lain appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.