(Video) “Cerita Embah Dan Cucu-Cucunya Solat Jemaah,” Ragam Anak-Anak Kecil Tunai Solat Buat Netizen Terhibur
“Bila ada suka bergaduh je, bila mereka balik rasa sunyi rumah.” Itulah ungkapan yang sering kita dengari dari luahan insan yang bergelar atok dan nenek di kampung. Yelah, riuh rendah anak cucu pastinya mengubat rasa rindu kedua ibu bapa di kampung.
Riuh rendah seisi rumah dengan perbualan dan gelak ketawa mereka. Tambah-tambah lagi bila cucu-cucu masih kecil dan usia sebaya. Banyak karenah dan gelagat mereka yan boleh kita lihat dan menghiburkan.
Seperti perkongsian daripada seorang wanita menerusi laman Facebooknya iaitu Siti Syabira berkongsi suasana rumah riuh rendah dengan gelagat anak-anak kecil solat berjemaah bersama datuk dan nenek.
“Cerita embah dan cucu-cucunya solat berjemaah.…halah pening”
Jom solat jemaah…ada yang membawang, ada yang intai..”
Gelagat anak-anak kecil ini pastinya mencuit hati korang yang menonton video pendek ini.
Cerita embah dan cucu2nya solat berjemaah.Halahhh pening.
Posted by Siti Syabira on Wednesday, December 2, 2020
Klik butang ‘Watch On Facebook’ untuk tonton video penuh.
Sumber: Siti Syabira
The post (Video) “Cerita Embah Dan Cucu-Cucunya Solat Jemaah,” Ragam Anak-Anak Kecil Tunai Solat Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.
No comments: