Ads Top

Setelah Sembilan Bulan Terpisah, Aliff Aziz Dapat Jumpa Isteri Dan Anak

Setelah sembilan bulan terpisah, akhirnya penyanyi kelahiran Singapura dapat berjumpa dengan isteri, Bella Astillah dan anak-anaknya.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi sebuah video di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, reunited ❤,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, artis kelahiran Singapura itu tidak dapat berjumpa dengan keluarganya setelah tersekat di negara berkenaan akibat sekatan daripada memasuki Malaysia kerana Covid-19.

Sementara itu, Aliff pula meluahkan rasa syukurnya apabila akhirnya dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah. A much awaited reunion with the family. Undescribable moment. ❤,” tulisnya. – KopiPlanet.com

The post Setelah Sembilan Bulan Terpisah, Aliff Aziz Dapat Jumpa Isteri Dan Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.