Ads Top

Sasha Saidin Sudah Dapat Suntikan Vaksin Covid-19 Jenis Sinopharm Di UAE

Jika rakyat negara ini masih menantikan vaksin Covid-19, penyanyi Sasha Saidin terlebih dahulu sudah mendapatkannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi perkongsian di Instagram, Sasha menyatakan dia bersama suaminya, Sirhan Wahab mendapatkan suntikan vaksin jenis Sinopharm.

“Kami telah mengambil keputusan dengan mengambil vaksin Sinopharm yang mempunyai keberkesanan sebanyak 86% setelah mendengar khabar tentang mutasi terbaharu Covid-19.

“Sebelum mengambilnya, kami juga diberitahu oleh pihak kesihatan di pusat vaksinasi bahawa Sinopharm di UAE memang telah selesai pada peringkat percubaan yang bermula pada Ogos lalu dan mencapai ceputusan memuaskan,” tulisnya.

Ujar Sasha, dia membruta keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan selepas melakukan perbandingan dengan satu lagi vaksin iaitu Pfizer.

Sementara itu, bekas angora kumpulan Elite itu menyatakan bahawa dia dan suaminya telah ditanya beberapa soalan mengenai alahan sebelum mengambil suntikan vaksin itu.

“Saya nasihatkan kepada semua supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vaksin. Orang ramai juga perlu mengikuti perkembangan terkini berkenaan apa sahaja berita berkaitan Covid-19 termasuk vaksin setiap hari,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi itu turut merakamkan penghargaan terhadap kerajaan UAE kerana memberi vaksin tersebut secara percuma tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.

Tambahnya, dia kini perlu menunggu selama 21 hari lagi sebelum diberi suntikan dos kedua.

Sebagai rekod, Malaysia kita telah memilih Pfizer sebagai vaksin Covid-19 untuk diberikan kepada rakyat yang akan diterima pada Februari 2021. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Sasha Saidin

The post Sasha Saidin Sudah Dapat Suntikan Vaksin Covid-19 Jenis Sinopharm Di UAE appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.