Ads Top

Penyanyi, Pendakwah Selebriti Ditahan Lagi Buat Kali Ketiga


“Saya sihat Alhamdulillah. 

“Terima kasih kerana datang dan ambil tahu pasal saya.

Itu yang diucapkan pendakwah selebriti ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman hari ini.

Penahanan pendakwah itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal pada semalam.

Ia adalah bagi membantu siasatan terhadap dua laporan polis yang dibuat di Petaling Jaya berkaitan kes rogol dan seks luar tabii.

Seorang daripada yang membuat laporan polis itu ialah wanita yang juga merupakan seorang guru.

Pendakwah itu ditahan pada 26 November lalu ketika tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Suspek kemudian telah ditahan reman sebanyak dua kali sehingga hari ini. – KopiPlanet.com

The post Penyanyi, Pendakwah Selebriti Ditahan Lagi Buat Kali Ketiga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.