Ads Top

Nyaris Terpijak, Pasangan Tengah “Trekking” Terjumpa ‘Dahan Kayu’ Disangka Baru Jatuh, Rupanya “King Cobra”

Sanchindra dan isterinya buat pertama kalinya meluangkan masa bersama melakukan aktiviti hiking di Cagar Alam Bukit Timah. Aktiviti mereka terbantut apabila yang disangkakan dahan itu sebenarnya merupakan seekor ular yang dikenali sebagai King Cobra.

Menurut Stomp, kejadian tersebut berlaku pada 29 November sekitar jam 5 petang apabila seorang individu menyuruh mereka berhenti sebelum terlambat. Nasib menyebelahi mereka, pasangan suami isteri tersebut nyaris berhadapan dengan detik hitam.

“Saya dan isteri tidak pernah berkunjung ke Cagar Alam Bukit Timah sebelum ini. Sejak pertama kali kami berjalan kaki ke sana, kami sangat gembira dapat menikmati alam sekitar.

“Ketika kami melihat sesuatu yang panjang di trekking di depan kami, kami menyangka itu hanyalah sekadar dahan yang tumbang dan kami mula berjalan lebih dekat dengannya.

“Tiba-tiba, seorang wanita menjerit kepada kami untuk tidak melepasinya kerana ia sebenarnya adalah ular. Kami dengan segera menjuahi dari situ.

“Saya sangat bersyukur wanita itu memberitahu kami kerana kemungkinan salah seorang daripada kami akan dipatuk oleh ular itu. Pada masa yang sama, saya seronok melihat haiwan yang cantik di dalam hutan itu,” kata Sachindra.

Sachindra turut berpesan agar kejadian tersebut dijadikan sebagai peringatan kepada semua orang ketika trekking atau hiking di kawasan hutan.

Menerusi video tersebut, King Cobra tersebut berukur sekitar 3 meter panjang dan haiwan berbisa itu dilihat memasuki ke kawasan semak dan ini membuktikan bahawa ular tersebut hanya “buat hal sendiri” jika tidak diganggu.

Sumber: Stomp

The post Nyaris Terpijak, Pasangan Tengah “Trekking” Terjumpa ‘Dahan Kayu’ Disangka Baru Jatuh, Rupanya “King Cobra” appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.