Ads Top

“Ni Hanjing Namanya Nak Pakai Gambar Saya Bersama Masjid Kat Tinder” – Nabil Mahir

Pengacara Nabil Mahir meluahkan rasa berangnya apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya di aplikasi Tinder.

Berkongsi perkara tersebut di Insta Story miliknya, pengacara itu menyatakan individu berkenaan menggunakan nama Hanz 26 dan gambarnya yang berlatar belakangkan masjid.

“Ni bukan Hanz, ni Hanjing namanya nak pakai gambar saya bersama masjid kat Tinder.

“Tolong report kalau korang ada jumpa ni ye,” tulisnya.

Dalam pada itu, tunang kepada Nabil iaitu pelakon Ayda Jebat turut berkongsi perkara berkenaan dan meminta supaya sesiapa yang mempunyai akaun Tinder supaya membuat report.

“Siapa yang ada Tinder please report. @nabilmahir tak ada Tinder dia tintong je,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Ni Hanjing Namanya Nak Pakai Gambar Saya Bersama Masjid Kat Tinder” – Nabil Mahir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.