Muat Turun Aplikasi Qalby Untuk Ketahui Waktu Solat Dengan Tepat
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah melancarkan sebuah aplikasi islamik terbaru, iaitu Qalby App.
Aplikasi tersebut diwujudkan untuk berkongsi pengetahuan mengenai Islam. Menurut beliau, ia telah diinspirasikan melalui kelas tafsir Ta’leem Al-Quran di Alhuda online pada tahun 2018.
Ia tersedia dengan pemberitahuan waktu solat, penentuan arah kiblat, koleksi doa harian serta surah Al-Quran yang memudahkan anda untuk membaca pada bila-bila masa.
Bukan itu sahaja, anda boleh menekan butang ‘simpan’ pada bahagian yang digemari. Anda juga akan dibekalkan dengan hadis sahih dan penjelasan hadis tersebut.
Aplikasi ini tersedia untuk pengguna Android dan iOS secara percuma. Anda boleh muat turun aplikasi ini melalui pautan berikut: Qalby App
The post Muat Turun Aplikasi Qalby Untuk Ketahui Waktu Solat Dengan Tepat first appeared on Tazkirah.
No comments: