Ads Top

Hukum Mengambil Upah Penyediaan Makanan Untuk Upacara Keagamaan Bukan Islam

Peluang perniagaan dalam makanan dan katering semakin meluas dan menguntungkan. Permintaan terhadap katering semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ini menunjukkan bahawa ia mempunyai peluang yang besar untuk terus berkembang.

Walaupun sejak kita dilanda COVID-19, keadaan ekonomi dan perniagaan lumpuh seketika, namun hasil daripada kekreatifan masyarakat kita, semuanya bakal pulih walaupun ia mengambil masa.

Berbalik kepada perniagaan katering; biasanya tempahan akan datang tidak mengira masa dan bangsa.

Namun, sebagai umat Islam, ada perkara yang perlu ditekankan dalam pengambilan tempahan makanan daripada agama lain, iaitu jika ia bertujuan untuk upacara keagamaan orang bukan Islam.

Dalam hal ini, kita perlu melihat kepada konsep jual beli yang dibahaskan ulama. Hukum asalnya adalah harus di antara orang Islam dan bukan Islam. Namun, jika tujuannya adalah ke arah kemaksiatan atau dosa, terdapat dua pendapat yang dibawa oleh Imam Nawawi, iaitu:

#1 – Sangat Makruh Tetapi Tidak Haram

Maksud: “Al-Ruyani menyatakan daripada majoriti ulama yang lain bahawa hukumnya adalah sangat makruh tetapi tidak haram.”

#2 – Haram

Maksud: “Ini ialah pegangan yang qat’ie (diputuskan) oleh Al-Syeikh Abu Hamid dan Al-Ghazali dalam Al-Ihya’ dan selain mereka daripada kalangan Ashab.” (Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 9/353)

Kesimpulan

Pendapat yang kedua adalah yang diterima ulama. Maka, disimpulkan bahawa haram hukumnya mengambil upah katering untuk tujuan upacara keagamaan orang bukan Islam seperti untuk penyembahan berhala.

Mengikut penjelasan daripada Mufti Wilayah, perbuatan ini dianggap dalam kategori maksiat kerana membantu dalam melakukan perkara yang syirik walaupun ia bukan dalam agama sendiri.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Hukum Mengambil Upah Penyediaan Makanan Untuk Upacara Keagamaan Bukan Islam first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.