Ads Top

Gambar Keluarga Diguna Tanpa Kebenaran, Fauzi Nawawi Beri Tempoh 12 Jam Untuk Padam

Pelakon popular Fauzi Nawawi memberi keras kepada sebuah akaun Facebook pelakon yang menyalahgunakan gambar dia sekeluarga.

Fauzi menerusi Instagram miliknya berkata, dia memberi tempoh selama 12 jam untuk pengendali akaun berkenaan memadam gambar berkenaan.

“Saya tak suka nak marah-marah pepagi ni, tapi tolonglah jangan buat hal yang boleh menaikkan nafsu amarah org lain dengan buat kerja tak betul ni.

“Pada account FB dan Insta yang saya post ni tolong delete gambar saya dan family yang takde kena-mengena dengan pelaburan anda kami tak tahu menahu pun tentang pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat untuk menarik minat pelabur,” tulisnya.

Fauzi berkata, pihak berkenaan seharusnya meminta kebenaran terlebih dahulu agar dia tahu sama ada pelaburan itu sah atau sebaliknya.

“Kalau pelaburan tu sejenis scammer!!?? Apa jadi pada pelabur dan keluarga saya??? Saya minta sangat account ni didelete dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat laporan polis.

“Saya tak kisah kalau gambar kami digunakan untuk tujuan promosi produk atau program yang manfaat! Tapi jangan salah gunakan,” ujarnya.

Pelakon itu juga berterima kasih kepada pihak yang menolong memberitahu kepadanya mengenai perkara tersebut. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Fauzi Nawawi

The post Gambar Keluarga Diguna Tanpa Kebenaran, Fauzi Nawawi Beri Tempoh 12 Jam Untuk Padam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.