Ads Top

Dua Bulan Cuti Bersalin, Gigi Hadid Sudah Mula Kembali Bekerja

Model terkenal Gigi Hadid telah dikurniakan cahaya mata pada September lalu dan kini dia sudah bersedia untuk kembali aktif berkerja semula.

Menurut Gigi, statusnya sebagai seorang ibu adalah sebuah pekerjaan yang tiada tolok bandingnya berbanding pekerjaannya sekarang ini.

“Bakal kembali bekerja, namun menjadi seorang ibu tidak sama seperti pekerjaan yang lain,” kongsinya di Insta Story.

Ketika sedang sarat hamil dahulu, pasangan kepada Zayn Malik ini masih gigih bekerja, meskipun ketika menanti detik kelahiran anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, Zayn dan Gigi sehingga sekarang masih cukup berahsia tentang cahaya mata mereka.

Sehingga kini mereka tidak pernah sekali pun memuat naik gambar atau mengumumkan nama anak mereka.

Ketika ini, Gigi sendiri kini telah kembali ke Pennsylvania. Pasangan tersebut juga sepakat untuk membesarkan buah hati mereka tanpa publisiti media. – KopiPlanet.com

The post Dua Bulan Cuti Bersalin, Gigi Hadid Sudah Mula Kembali Bekerja appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.