Ads Top

Aplikasi Jurnal Menarik Yang Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Anda

Jurnal merupakan antara perkara penting yang boleh dilakukan untuk menjejak aktiviti harian kita. Jika dulu, kita boleh menulis jurnal atau mencatat aktiviti harian di dalam buku yang dijadikan diari.

Namun, seiring dengan perkembangan zaman, teknologi telah memudahkan kita untuk memiliki aplikasi jurnal di dalam telefon.

Jadi, entri kali ini akan membawakan beberapa aplikasi jurnal terbaik yang boleh dimuat turun di dalam telefon anda.

#1 – Daily Life – My Diary Journal

Daily Life merupakan aplikasi yang membolehkan anda mencatat aktiviti harian dan merancang hari anda dengan lebih efektif.

Antarmukanya yang sederhana membekalkan beberapa ciri menarik untuk anda seperti kalendar tahunan yang memudahkan anda merancang jadual, ciri mood yang membolehkan anda menulis memori atau kenangan yang berlaku.

Bukan itu sahaja, dengan penggunaan tanda pagar, ia akan membantu memudahkan anda membuat carian mengenainya.

Anda juga boleh memasukkan foto atau membuat tangkapan gambar melalui aplikasi ini untuk menyimpannya.

Lebih menariknya ialah apabila anda boleh memilih sendiri warna tema yang diminati untuk menjadikan jurnal anda kelihatan lebih seronok.

Ia boleh dimuat turun melalui pautan ini: DailyLife – My Diary, Journal

#2 – Day One Journal

Aplikasi ini menunjukkan antarmuka yang sangat mudah untuk digunakan dan ia merupakan antara aplikasi jurnal yang menjadi pilihan ramai.

Ia membekalkan kalendar dan juga membolehkan anda mencatat perkara harian yang berlaku atau jadual harian yang perlu dilengkapkan.

Anda boleh muat turun aplikasi ini melalui pautan di bawah:

Untuk iOS: Day One Journal
Untuk Android: Day One Journal

#3 – Diarium – Private Diary / Journal

Aplikasi ini membolehkan anda menghubungkan aktiviti pada windows atau dalam erti kata lain, ia memudahkan anda untuk membuka aplikasi ini secara atas talian melalui peranti lain.

Ia juga dilengkapi dengan bahagian untuk mencatat aktiviti harian anda. Lebih menariknya ialah apabila anda bukan sahaja boleh mencatatnya melalui tulisan, namun juga melalui audio atau tangkapan gambar.

Selain itu, anda juga boleh memuat naik fail untuk lebih memudahkan lagi penggunaannya.

Anda boleh muat turun pada pautan di bawah:

Untuk iOS: Diarium
Untuk Android: Diarium

#4 – Daily Note – Day Note, Diary

Aplikasi ringkas ini sesuai untuk mereka yang mencari ciri-ciri sederhana bagi merancang aktiviti harian mereka dengan baik.

Selain ciri kalendar, ia membekalkan juga ruangan Notebook yang membolehkan anda mencatat jadual anda dengan mudah.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini pada pautan yang disediakan: Daily Note

#5 – Diary, Journal, Notes – Universum

Ia merupakan aplikasi catatan yang dilengkapi dengan ruang untuk anda melakar idea dengan lukisan. Sesuai untuk mereka yang gemar melakar idea dalam bentuk lukisan.

Selain itu, seperti aplikasi lain juga, ia membolehkan pengguna memuat naik gambar pada bahagian nota.

Antara ciri yang menariknya lagi adalah ia mempunyai ruang untuk menjejak perbelanjaan anda dengan mencatat wang keluar dan masuk.

Pautan aplikasi: Diary, Journal, Notes – Universum

Semoga dengan aplikasi jurnal ini akan menjadikan perjalanan tahun baru anda lebih menarik dan teratur.

The post Aplikasi Jurnal Menarik Yang Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Anda first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.