(Video) Taknak Terima Beg ‘Frozen’, Telatah Kanak-Kanak Ketika Hari Graduasi Buat Ramai Terhibur
Tiada apa yang lebih gembira bagi setiap ibu bapa selain melihat anak-anak semakin membesar.
Segala momen penting dalam tempoh pembesaran itu akan dirakam dan disemat dalam ingatan menjadi memori yang indah.
Detik yang tentu sekali tidak akan dapat dilupakan adalah ketika anak-anak sudah tamat persekolahan tadika.
Ia merupakan saat-saat yang paling teruja dan ‘ditakuti’ oleh ibu bapa kerana anak-anak akan melangkah ke alam persekolahan rendah yang mungkin lebih mencabar.
Sudah pastinya, ibu bapa tidak akan terlepas hari penting iaitu hari graduasi dan kecemerlangan anak-anak.
Hari tersebut juga pastinya banyak menyaksikan ragam anak-anak kecil.
Sama dengan video yang tular ini yang menyaksikan seorang kanak-kanak enggan menerima hadiah beg yang diberikan kepadanya.
Telatahnya yang comel itu dirakam oleh bapanya, Che Ku Rahimi, dan dimuatnaik ke dalam laman TikTok.
Dia dipercayai enggan menerima beg tersebut kerana terdapat kartun Frozen pada beg itu.
@bukanckremi Reply to @mamarizqi70 video asal abang Ameer ni.. Haha
Namun, dia selepas itu mendapat beg lain yang mempunyai yang dilihat dipeluk erat olehnya.
Menjengah ruangan komen di TikTok, ramai yang terhibur melihat ragam kanak-kanak itu.
Sumber: Che Ku Rahimi
The post (Video) Taknak Terima Beg ‘Frozen’, Telatah Kanak-Kanak Ketika Hari Graduasi Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.
No comments: