Ads Top

Hantar Anak Usia Setahun Ke Sekolah, Mawar Rashid Dikatakan Tidak Suka Anak, Sibuk Bunting Lagi

Pelakon yang kini sedang sarat hamil, Mawar Rashid dikecam seorang netizen gara-gara menghantar anaknya yang berusia setahun ke sekolah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya.

“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecik lagi tu baru setahun.

“Perasan juga dari Rafael kecik Mawar macam tak jaga dia main and mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak. Tapi sibuk bunting lagi,” tulis netizen berkenaan.

Biarpun dikecam. namun Mawar tidak terlalu cepat melatah dan sebaliknya mendoakan individu yang mengecamnya itu.

“Astagafirullah.. semoga Allah S.W.R bersihkan hati awak. Apa pun saya maafkan awak and saya doakan awak untuk banyak buat/cakap tentang kebaikan.

“Semalam dapat dm (dirrect message) negative ni. Tapi satu ni jela yang yang negatif macam ni. Semua dm lain very positif. Thank you guys,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat-peminat pelakon berkenaan supaya tidak mengendahkan kata-kata netizen itu.

Malah, ada yang beranggapan tindakan Mawar menghantar anak ke sekolah untuk pembelajaran dan perkembangan anak merupakan satu tindakan yang bagus. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid

The post Hantar Anak Usia Setahun Ke Sekolah, Mawar Rashid Dikatakan Tidak Suka Anak, Sibuk Bunting Lagi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.