(Video) Umur 53 Masih Handsome Lagi, Lelaki Ini Ajar Beberapa Teknik “Exercise” Yang Boleh Diamalkan
Tak semua orang mampu menjaga kesihatan tidak kira dari segi pemakanan atau senaman apabila usia mencapai 50-an. Kebiasaannya, orang menganggap usia 50-an sudah layak digelar atuk.
Tetapi berbeza pula dengan seorang lelaki yang tular di laman sosial Twitter yang menunjukkan beberapa teknik exercise. Video tersebut dirakam oleh anak perempuanya sendiri sehingga menjadi persoalan oleh warganet. Video tersebut telah mendapat lebih 320 000 tontonan dan 11 000 tanda suka di Twitter miliknya.
Kau tau apa yang best dalam hidup aku?
Bapak aku professional personal fitness trainer. Haaa. Claim teruk! Tepi betul.
Umur 53 dok handsome lagu ni. Ko rasa?
Bapak aku, tiap kali aku balik rumah dia, dia akan ajar aku teknik2 exercise.
Yg tak best. Aku tak pernah amalkan pic.twitter.com/buOW9IESkg— MHAT (@ninietang143) November 18, 2020
Menurut anaknya, ayahnya yang bernama Azman Tang pernah memenangi Mr. Malaysia sebanyak 2 kali dan Mr. Penang sebanyak 7 kali. Jadi, tak salah sekiranya ayahnya kelihatan sado dan fit.
Menurut anaknya, ayahnya tidak popular seperti body builder yang lain kerana ayahnya tidak pandai naikkan nama sendiri.
“Dia single. Dia handsome. Dia baik sangat. Setiap minggu dari Penang ke Kedah untuk tengok mak dia. Bawa motor sorang-sorang atas highway. Moga Allah sentiasa lindungi papa,” kata anaknya.
Oleh itu, terdapat beberapa komen daripada para netizen yang mencuit hati.
Sumber: Ninietang143
The post (Video) Umur 53 Masih Handsome Lagi, Lelaki Ini Ajar Beberapa Teknik “Exercise” Yang Boleh Diamalkan appeared first on Siakap Keli.
No comments: