(Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, ‘Trick’ Untuk Tutup ‘Paper Gift Bag’ Gunakan Talinya Sendiri
Kerja membalut hadiah memerlukan ketelitian dan kreativiti agar ia kelihatan rapi dan kemas. Namun, tak semua mampu untuk menghasilkan balutan yang kemas kerana ia satu kerja yang mungkin dianggap renyah oleh sesetengah orang.
Tapi, dengan menggunakan beg kertas, anda tak perlu lagi susah-susah fikir untuk membalut hadiah. Jadi, kami akan kongsikan cara menutup beg kertas menggunakan talinya agar hadiah anda tidak kelihatan terdedah begitu sahaja.
1. Masukkan hadiah ke dalam beg kertas seperti biasa. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam lubang yang bertentangan satu persatu.
3. Tarik tali pemegang dan beg kertas anda akan tertutup dengan sendirinya. Siap. Sekarang anda sudah boleh memberikan hadiah dalam keadaan beg tertutup. Barulah suprise.
Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak idea melalui video di bawah. Cara menutup beg kertas boleh dilihat pada minit 0:33.
Wrapping gifts got a whole lot easier with these 13 clever ideas!
Wrapping gifts got a whole lot easier with these 13 clever ideas!
Posted by MetDaan Makeup on Friday, November 13, 2020
Sumber: Facebook
The post (Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, ‘Trick’ Untuk Tutup ‘Paper Gift Bag’ Gunakan Talinya Sendiri appeared first on Siakap Keli.
No comments: