Ads Top

(Video) COVID-19: 55 Masjid, Surau Di Batu Pahat Ditutup 14 hari

JOHOR BAHRU (Bernama) — Sebanyak 55 masjid dan surau di Daerah Batu Pahat ditutup sementara mulai semalam dan hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah berkenaan.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi ketika dihubungi Bernama, berkata solat fardu, solat Jumaat dan segala aktiviti keagamaan yang melibatkan ahli kariah di rumah ibadat berkenaan ditangguhkan buat sementara.

Beliau berkata kesemua masjid dan surau itu ditutup selama 14 hari atau sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Berikutan berlakunya peningkatan kes yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau di daerah ini…maka beberapa masjid dan surau terpaksa ditangguhkan aktiviti buat sementara.

Semua masjid dan surau yang tersenarai ini dikategorikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat sebagai berisiko kepada ahli kariah,” katanya menambah secara keseluruhan terdapat 180 masjid dan surau di daerah itu.

Terdahulu, satu notis berkenaan pemberitahuan penangguhan aktiviti-aktiviti di kesemua masjid dan surau tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat.

Batu Pahat kini merupakan Zon Merah dengan 161 kes aktif setakat hari ini.

COVID-19: 55 masjid, surau di Batu Pahat ditutup 14 hari

#BuletinBernama: Sebanyak 55 masjid dan surau di Daerah Batu Pahat, Johor ditutup sementara susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah berkenaan.Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata solat fardu, solat Jumaat dan segala aktiviti keagamaan yang melibatkan ahli kariah di rumah ibadat berkenaan ditangguhkan buat sementara.

Posted by Bernama TV on Monday, November 30, 2020

Sumber: BERNAMA

The post (Video) COVID-19: 55 Masjid, Surau Di Batu Pahat Ditutup 14 hari appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.