Ads Top

Status Hadis – Rasulullah Berbangga Dengan Umatnya Yang Ramai

Kita sering dengar bahawa mempunyai anak dan keturunan yang ramai merupakan salah satu asbab kepada bertambahnya rezeki dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Anak itu adalah rezeki dan melaluinya akan datang pula rezeki-rezeki yang lain. Namun, ia bukanlah bermaksud tiada perancangan kekeluargaan yang perlu dilakukan sehingga kelak akan adanya isu anak-anak terabai atau munculnya masalah keluarga yang lebih besar.

Semua itu hendaklah dilakukan dengan bijaksana agar keharmonian keluarga boleh dikekalkan.

Ada sebuah hadis yang menyebut bahawa Baginda SAW berbangga dengan umatnya yang mempunyai anak dan keturunan yang ramai.

Dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata bahawa ada seseorang yang menemui Nabi SAW, dia mengatakan perasaannya yang benar-benar mencintai seorang wanita dan wanita tersebut mempunyai garis keturunan yang baik dan berparas cantik, namun sayangnya ia tidak boleh memiliki keturunan. Lalu, dia bertanya: “Adakah aku boleh menikahinya?”

Baginda menjawab: “Tidak boleh.”

Kemudian, pada hari yang lain pula beliau telah datang kepada Rasulullah lagi dan bertanya mengenai perkara tersebut. Namun, jawapan sama yang dikeluarkan oleh Baginda SAW.

Kemudian, kali ketiga lelaki itu telah datang kepada Baginda SAW sekali lagi dan bertanya perihal yang sama. Rasulullah menjawab:

Maksud: “Nikahilah kamu wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2050)

Hadis ini dinilai sahih kerana mempunyai sanad yang thiqah (dipercayai dan kuat). Syeikh Syu’aib Al-Qrnouth meninai hadis ini dengan memiliki sanad yang thiqah (kuat). Hadis ini juga dinilai sahih oleh Al-Hafizh Abu Thahir.

Ia menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mengajurkan lelaki tersebut untuk berkahwin dengan wanita yang penyayang agar dapat menyayangi keluarganya dengan penuh kasih dan cinta.

Antara lain yang dilihat melalui hadis ini ialah anjuran untuk menikahi wanita yang subur agar boleh melahirkan ramai anak dan keturunan untuk umat Nabi Muhammad.

Walau bagaimanapun, tuntutan ini bukanlah bersifat wajib, ia adalah sebagai salah satu galakan kerana Baginda SAW amat berbangga melihat umatnya ramai di akhirat kelak.

Anak adalah rezeki dari Allah dan rezeki dari mereka juga akan datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya adalah rezeki kebahagiaan rumah tangga.

Anak akan menjadi penguat kepada perkahwinan tersebut dan boleh membantu menambahkan keharmonian dan seri kepadanya.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Rumaysho.com

The post Status Hadis - Rasulullah Berbangga Dengan Umatnya Yang Ramai first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.