Ads Top

Solat Fardu & Jumaat Di Masjid Kelantan Dibenar Dengan Had 50 Jemaah

Bermula hari ini, 21 November 2020, penunaian solat fardu dan solat Jumaat secara berjemaah di masjid Kelantan hanya dibenar seramai 50 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Ia termasuk bagi Masjid Bandar dan Jajahan serta Masjid Mukim.

Untuk jemaah di surau pula hanya dibenar seramai 30 orang sahaja, manakala untuk musolla hanya 10 orang.

Penetapan jemaah ini adalah dengan mengambil kira kapasiti ruang solat dengan penjarakan fizikal 1 meter.

Jemaah juga mestilah dari kalangan anak-anak mukim yang terpilih, pegawai-pegawai masjid yang meliputi imam tua, imam muda, bilal dan tok siak serta ahli jawatankuasa masjid.

Mereka yang berumur 70 tahun ke atas dan mempunyai gejala tidak dibenarkan hadir.

Bagaimanapun, tempat ibadah yang berada di kawasan kluster COVID-19 ditutup serta merta.

Penetapan ini juga termasuk penangguhan aktiviti agama di seluruh negeri seperti kuliah Subuh, kuliah Maghrib, kuliah Dhuha dan kelas-kelas pengajian Al-Quran yang tidak dilakukan sepanjang PKPB ini.

Perkara ini susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa bermula hari ini, 21 Disember sehingga 6 Disember 2020.

Sumber:
MAIK Kelantan

The post Solat Fardu & Jumaat Di Masjid Kelantan Dibenar Dengan Had 50 Jemaah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.