Ads Top

Masjid Di Seluruh Negeri Kelantan Diarah Adakan Bacaan Yasin & Solat Hajat

Susulan peningkatan jumlah kes COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara termasuklah di negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengumumkan agar bacaan Yasin dan solat hajat dilakukan di seluruh negeri itu.

Aktiviti ini adalah termasuk bacaan doa selamat yang akan diadakan di masjid negeri, bandar dan jajahan serta mukim seluruh negeri Kelantan. Bagaimanapun, kawasan yang terlibat dengan kluster COVID-19 adalah dikecualikan.

Ia akan bermula pada 1 Rabiul Awal, iaitu 17 November selama 40 malam berturut-turut.

Keputusan ini telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan sebagai langkah untuk mendoakan kesejahteraan negara supaya wabak ini segera berakhir.

Sumber:
MAIK

The post Masjid Di Seluruh Negeri Kelantan Diarah Adakan Bacaan Yasin & Solat Hajat first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.